ADNAN HASSAN dan penglibatan didalam industri FESYEN tanahair.
SIAPAKAH ADNAN HASSAN?
Hi dan Assalammualaikum😊👋
Saya ADNAN HASSAN, merupakan pengasas ADNAN HASSAN FASHION ACADEMY sejak 6 tahun yang lalu.
Mungkin anda belum mengenali saya dan keterlibatan saya dalam industri Fesyen tanahair mahupun sebagai Tenaga Pengajar di bidang akademik Fesyen.
Sekadar ingin berkongsi sedikit sebanyak pengenalan tentang diri saya selama 25 tahun dalam industri fesyen tanahair dan antarabangsa.
Bagaimana saya bermula?
Saya meminati dunia seni lukis & senireka sejak kecil lagi. Atas galakan keluarga dan guru-guru saya nekad untuk cuba mendapatkan tempat di UiTM Shah Alam.
Menurut ramai, disitulah tempat belajar terbaik yang ada di MALAYSIA untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Seni.
Saya semakin mengenali Senireka Fesyen atau Fashion Design setelah mendapat pendidikan secara formal di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1995.
Syukur Alhamdullilah sangat saya kerana terpilih sebagai pelajar Fakulti Senireka Fesyen dengan pendedahan Seni visual dan senireka yang saya tak terbayangkan. Lebih-lebih lagi saya memohon untuk kali ke-3.
Peluang yang diterima, saya hargai sepenuh jiwa dan minat yang tinggi.
Setelah berjuang sebagai fashion student, saya berjaya juga hingga ke tahun akhir dengan mempersembahkan koleksi Degree yang mana, sangat membantu saya dalam
mengeluarkan potensi Kreatif saya sebagai seorang Fashion Designer.
Sebagai melengkapi tugasan akhir pelajar peringkat Degree, kami perlu membuat Research/mengikut Kajian rekaan masing-masing dan saya telah memilih RESEARCH : RECYCLE JEANS.
Personal Branding ADNAN HASSAN
Saya melangkah yakin dengan INSPIRASI JEANS ini sehingga sekarang. Oleh kerana terlalu kerap mengeluarkan rekaan berinspirasikan JEANS untuk selebriti tempatan dan pelanggan saya, maka semakin ramai mengenali saya dengan identiti FASHION DESIGNER yang suka buat rekaan JEANS/DENIM.
Media dan Wartawan mula membuat artikel tentang hasil rekaan saya dan mula memberi gelaran “RAJA DENIM”
mungkin kerana saya terlalu fokus dalam berkarya menggunakan tema dan material denim/jeans.
Antra koleksi JEANS COUTURE by ADNAN HASSAN👇
Kerjaya saya semakin meningkat naik dan mula dikenali ramai. Saya dipanggil sebagai tetamu jemputan dalam siaran TV tempatan, surat khabar dan majalah fesyen tempatan, saya juga dipanggil untuk memberi kursus/talk tentang fesyen disekolah- sekolah dan institut pengajian tinggi tempatan.
Saya sangat Pasti, Sekiranya kita ingin dikenali sebagai seorang pereka fesyen yang beridentiti, kita perlu kuat dalam personal branding.
Dalam program BE A FASHION DESIGNER, sebagai mentor program - Personal Branding amat ditekankan dalam setiap Kajian/Koleksi pelajar ADNAN HASSAN FASHION ACADEMY. Saya mahukan mereka tampil berbeza dengan rekaan yang jelas identiti rekaan hasil daripada perekanya.
Kerjaya saya selepas Grad.
Setelah tamat pengajian dan mendapat Degree Art & Design (Fashion design) pada tahun 1999, saya mula berdikari dan meneroka cabang-cabang lain dalam bidang yang saya minati ini.
FASHION IS GLOBAL!
Selain daripada eksplorasi saya dengan JEANS, saya juga ingin menimba pengetahuan baharu dan sedikit berbeza dengan dunia rekaan fesyen.
* untuk melihat koleksi Jeans saya yang lain anda boleh lihat di akaun Instagram - https://instagram.com/jeanscouture_by_adnanhassan/
Siapa sangka dalam saya mengutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman berguna selama saya mencuba dengan pelbagai kerjaya fesyen , akhirnya saya dapat kongsikan kepada anda sedikit sebanyak ilmu,skills dan pengalaman yang saya telah lalui sebelum ini.
Sebenarnya, cabang kerja dalam dunia fesyen ni banyak! Bukan jadi fashion designer jer ya..
Antara pekerjaan yang mungkin anda tidak tahu yang saya pernah ceburi sebaik tamat pengajian adalah:-
1. Crew for costume -ANNA AND THE KING
2. Automotive Textile designer
( pereka corak/pattern untuk fabrik kereta dan bas).
3. Pensyarah fesyen dan asas seni (art and design ) dibeberapa kolej swasta terkemuka di Malaysia. Ramai dah pereka fesyen saya lahirkan malah mereka sangat berjaya berbanding saya. Itu yg saya harapkan. Alhamdullilah.
Anda adalah yang seterusnya👋😉
In Sha Allah
Boleh lihat lagi aktiviti saya di ig dan FB
https://instagram.com/adnanhassan_fashionacademy/
4. Fashion stylist., ( penata gaya) nanti saya tunjukkan di kelas saya..
antara styling job saya untuk katalog AVON Malaysia.
5. Wedding dress designer
6. Pakaian hari raya https://instagram.com/adnanhassan
- Muslimah fashion designer
8. Rekaan khas untuk selebriti - program TV, red carpet dan magazine Cover
9. Quality inspector/ checker untuk International Brand - dimana saya didedahkan dgn industri mass production ready to wear (pembuatan pakaian cara kilang)
10. Moderator atau tenaga pengajar jemputan ke IPTA ; kolej-kolej dan sekolah-sekolah kerajaan.
Jemputan oleh institusi awam dalam memberi kursus kepada tenaga pengajar Kolej Vokasional seluruh Malaysia tahun lepas (2020)
11. Dan pelbagai lagi pekerjaan daripada sekecil2 kerja hingga sebesar2 kerja dalam dunia fesyen tanahair ini.
Fuhhhhh, banyaknya kerja saya dah buat! Yup, inilah dunia fesyen, ianya mencabar dalam keseronokan dan punya kepuasannya yang tersendiri dan tidak terhad hanya sebagai pereka fesyen sahaja.
Belum buat belum tahu!
Anda buat anda tahu..
Untuk menguji sejauh mana tahap kreativiti dalam senireka fesyen, saya telah memasuki beberapa pertandingan fesyen dalam dan luar negara. Pernah juga menjadi juara! Alhamdullilah.
Koleksi saya berinspirasikan POKOK KELAPA -coconut Expression di pertandingan fesyen peringkat antarabangsa- memenangi anugerah"Excellent Award"
THE 6TH BROTHER CUP INTERNATIONAL YOUNG FASHION DESIGNER CONTEST.
pada tahun 1998 di BEIJENG,CHINA.
Juara di pertandingan , ANUGERAH BENANG EMAS, anjuran majalah JELITA.
pada tahun 2002.
Pengiktirafan sebagai pereka fesyen ini, agak berat sebenarnya. Apalagi untuk mengidentitikan rekaan original si designer.
Denggan memenangi pertandingan fesyen dalam dan luar negara merupakan satu bonus untuk kita melonjakkan nama di persada fesyen.
Wow!!! Banyak modal dan tenaga nak jadi fashion designer? ya bukan senang tuan2 dan puan2 sekalian...
Apakah FOKUS ADNAN HASSAN SEKARANG ?
Gambar 👆Pelajar program BE A REAL FASHION DESIGNER - 6 MONTHS MENTORING PROGRAM yang berjaya hingga ke final fashion show .
Dengan menyedari bahawa di Malaysia terutamanya, amat kurang program khusus FASHION DESIGN kepada orang awam yang menawarkan jenis program jangka-pendek (Short courses) ditambah Dengan keperluan sekarang dimana jenama FESYEN tempatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Jadi,saya terpanggil untuk memberi sedikit “persediaan asas” dalam kepesatan fashion business usahawan-usahawan fesyen dan pakaian yang ingin serius dalam bidang yang amat menguntungkan ini, mereka perlu faham apa itu FASHION dan PRODUCT KNOWLEDGE yang dijual.
Kebanyakan usahawan yang hadir tiada masalah dalam ilmu business and marketing, tetapi Mereka masih kurang faham apa itu fesyen, sedangkan mereka sangat perlu tahu ilmu produk yang mereka usahakan tersebut.
Alhamdullilah, sejak aktif membuat workshop sekitar tahun 2015, saya telah berkongsi ilmu kepada ramai Usahawan fesyen yang hadir untuk datang belajar fesyen- walaupun antara mereka sudah bergelar jutawan dan terkenal.
Workshop/seminar di Brunei
Workshop/seminar di JOHOR BAHRU
Workshop /seminar di Kuala Lumpur
setelah 2 tahun kami keluar (tour) membuat workshop/seminar di KL, Bangi, Brunei dan JB Sekarang kami menjemput anda untuk hadir ke Academy kami di Eco Majestic, Semenyih.
Di ADNAN HASSAN FASHION ACADEMY, tiada syarat kemasukan dan tidak terhad kepada Usahawan fesyen sahaja, Antara mereka yang mengikuti program kami ialah;-
- Pelajar sekolah rendah & menengah (melentur buluh buat dari rebungnya)
- Pelajar IPTA/S yang ingin mempelajari sesuatu yang kreatif dan berbeza.
- Tenaga pengajar fesyen
- Pesara
- Surirumah
- Tukang Jahit.
- Pekerja profesional seperti Doctor, engineer, Accountant, Guru, Architect, dan lain2.
- Individu yang datang sekadar untuk terapi Seni.
- Penganggur yang ingin mengintai peluang dalam dunia fesyen.
Sebagai pensyarah fesyen dan Aktif membuat rekaan fesyen; saya hanya berkongsi modul asas, formula Rahsia saya melalui pengalaman kerja yang saya sebutkan tadi.
Apabila usia semakin meningkat dan ada sedikit bekalan pengalaman, saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memberi pula (give back to society) iaitu berkongsi ilmu yang bermanfaat ini kepada anda yang memerlukan- yang ada minat yang sama macam saya.
Dengan terbinanya ADNAN HASSAN FASHION ACADEMY , saya mengharapkan ianya dapat membuka peluang kepada anda yang ingin merasai pengalaman dan mempelajari ilmu baharu dalam dunia fesyen.
Walaupun program yang saya tawarkan ini bukanlah belajar tinggi seperti saya dahulu sehingga 4 -5 tahun, Sekurang2nya-kurangnya dalam program secara LIFETIME ONLINE dan 2 days OFFLINE workshop, anda akan mendapat sedikit asas dalam FASHION DESIGN.
Semoga sedikit pengenalan mengenai siapa saya sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan semangat untuk anda menjadi pereka fesyen atau kerjaya fesyen yang lain dan disegani serta dihormati pada suatu hari nanti.
Saya juga mendoakan semoga hadirnya anda dalam industri fesyen akan menjadi insan yang bermanfaat dalam memberi kemudahan dengan memberi kebahagiaan melalui rekaan pakaian yang baik-baik dan cantik-cantik kepada lebih ramai manusia.
Aamiin3X Yarabbalalamin 🤲🏻
Jumpa anda nanti👋☺️
Follow Instagram saya :
https://instagram.com/adnanhassan
https://instagram.com/adnanhassan_fashionacademy
whatsapp : 0109340117
TERIMA KASIH 😊